Monday, April 26, 2010

Kembara NRE I: Cameron Highlands

Salam..

Bersua lagi kita hari ni.. Dah habis program Kembara NRE ke Cameron Highlands. 3H 2M duk kat sana, memang sangat letih. Sebab jadik urusetia.. pengurus yang setia. Huhuhu.. Sampai tak sempat nak beli teh yang dipesan oleh bos.. (Alamak, apa la aku nak jawab ni)

Aktiviti yang berjalan kat sana memang best giler.. Tak puas rasanya. Nak kena pegi lagi ni.. Antara program yang memang tak leh lupa.. Gunung Brinchang.....



Gunung ni juga dipanggil Gunung Lumut. Nak tau kenapa? tengok la pokok2nya yang berlumut tu.. Gunung ni terkenal di kalangan pelancong kerana pemandangannya sangat cantik. Saya bagi gelaran baru untuk hutan ni: Mystical forest. Sebab suasana yang redup, lumut yang melekat kat pokok dan berjuraian di udara dan kelembapan yang tinggi. Seolah-olah dalam fantasy movie..

Kami bertolak dari Rumah Peranginan Persekutuan pada jam 7.00 pagi. Seramai lebih kurang 70 orang join program ni dengan menaiki 15 kenderaan pacuan 4 roda. Memandangkan jalan yang agak mencabar, semua pemandu terpaksa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan masa nak naik sebab takut bertembung dengan kenderaan lain dari arah depan.

Sampai kat puncak lebih kurang pukul 8.15 pagi. Suasana berkabus yang tebal dan bila bercakap, keluar asap. Macam dekat luar negara la plak.. hehehe..


Kami buat aktiviti 'Go Green'. Acara menanam pokok acara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama PUSPANITA NRE. Selain tanam pokok, kami jugak buat aktiviti kutip sampah. Bila tengok sampah yang banyak, terfikir jugak. Kenapa la manusia ni xde kesedaran nak jaga alam sekitar.. sampah2 dibuang merata-merata. Mengotorkan pemandangan.


Hmm.. kalau nak tau, Gunung Brinchang ni menjadi lokasi penggambaran filem 'Puteri Gunung Ledang'. Gambar kat atas ni, masa saya tengah tunggu VIP kat check point. Nak prepare air mineral la kononnya.. mana tau kot2 diorang rasa dahaga... Tapi semua tak mau sebab cuaca sejuk sangat.. Tak rasa dahaga pun. Agak2, dia punya suhu hari tu adalah dalam 14-15 C. Kalau perati betul2, kat belakang tu adalah lembah, tapi langsung tak nampak sebab kabus tebal sangat...

Lepas aktiviti tanam pokok dan kutip sampah, kami trekking ke puncak Gunung dekat menara TM. Fuh, mencabar jugak la sebab kaki dah kejang (sejuk sgt) walaupun jalan tar jer....

Kat menara tu, kami pulun nasi lemak dan kuih. Memang sedap... Terima kasih banyak kepada pihak TM sebab bagi kebenaran kami masuk ke sana dan terima kasih pada Izzati (GITN) sebab tempahkan nasi lemak yang sedap tu.. Dah berpeluh dia sebab makanan sampai lambat skit..

Dah habis makan, kitorang sume melawat lak ke Ladang Teh Boh, Sungai Palas.. Lepak jap untk minum teh.. Walaupun letih, tapi memang seronok. Saya dah set, next time pegi Cameron Highlands, wajib pegi Gunung Brinchang..

Mystical Forest, nantikan kedatangan saya lagi.......................................

No comments: